Tuesday, January 17, 2012

Demam pai kembali..

Assalamualaikum semua...

Malam ni cuba melawan virus M yang datang menyerang... cuba jugak update blog, masukkan tentang n3 pai yang virusnya kembali menyerang....
 sebenarnya 40 biji semuanya pai ayam, ditempah oleh Kartini.... pertama kali menempah dengan akak selepas makan masa mesyuarat koperasi hari tu...
 ini pulak 9 biji pai ayam dan 9 biji pai nenas yang ditempah oleh Kak Endon...
Untuk yang ingin mencuba akak masukkan sekali lagi resepinya kat sini....

Kulit Pai


Sumber : Kak Zai - Teratak Impian
Dikongsikan oleh : Antan Bertingkah

Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing ( akak guna 20 gm sahaja)
150 gm mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang ( akak tak letak)

Cara-cara

·                    U ntuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan air. Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan di dalam peti sejuk selama sejam.
·                     Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan ke dalam acuan tat yang bersaiz besar, ( ukuran dasarnya 5cm dan atasnya 7.5cm). Tekan2 supaya nipis, potong sekelilingnya dan cucukkan dasarnya dengan garfu. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit.

 ini acuan yang akak guna untuk memotong penutup atasnya, untuk bahagian bawah akak gunakan saiz yang lebih besar untuk memotongnya
 inilah acuan tat tadi....

Untuk intinya

Inti Pai Ayam
Bahan-bahannya
  • 1 paket ayam kisar jenama Ramly
  • 1 tin cendawan butang di potong
  • 1 tin sup cendawan 
  • 3 labu bawang besar didadu
  • 2 biji kentang didadu dan digoreng sebentar
  • tepung gandum dan air untuk memekatkan ( 2 @ 3 sudu besar tepung)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit butter untuk menumis.
Cara-caranya
  1. Panaskan butter dan tumiskan bawang besar yang didadu hingga layu.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga kering
  3. Masukkan sup cendawan yang telah dikacau dengan sedikit air.
  4. Masukkan cendawan yang telah dipotong dan kemudian kentang.
  5. Masukkan serbuk lada hitam mengikut selera, boleh tambah garam mengikut selera.
  6. Masukkan tepung gandum yang telah dikacau dengan air untuk memekatkan.
  7. Sejukkan dan sedia untuk diisi ke dalam pastry.
Kulit pai tak perlu keluarkan dari acuan tadi, masukkan inti dan tutup bahagian atasnya, tekan bahagian tepinya dengan garfu dan cucuk-cucukkan atasnya menggunakan pisau.
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur dan kemudian bakar selama 30 minit.

Ini pulak koleh kacang yang ditempah oleh Azmar dan Zawiyah... nak resepi klik di sini...

13 comments:

  1. salam k.antan..Semoga aka cepat sembuh dr dmmnya yer.
    Alhamdulilah dgn rezeki yg diterima...byk tempahan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Atie... demam akak dah kebah pun, cuma selsema dan batuk je yang belum baik betul...alhamdulillah, rezeki tak putus2..

      Delete
  2. Wsalam adik ku antan.. wah wah dik pie pie tu menggamit selera Kak Ani la dik.. kalau lah dekat bak sepiring.. tak pun Kak Ani pun order je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ani, cubalah buat akak... memanglah rumit sikit... kalau nak senang guna acuan pie yang besar... cepat sikit kak... hehehe....

      Delete
  3. Replies
    1. Kawan tempah Kak Sam... buat jugaklah, tak sampai hati nak menolak...

      Delete
  4. Assalamualaikum K.Antan,
    waduh buat yatie terliurlah tngk pie ni..nak buat malaslah plk..tunggu ada acuan mcm nilah...he3..kalau dekat nak order je terus.leh kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Yatie... kalau tak nak buat kecik2, buat yg besar tu... cepat sikit..

      Delete
  5. Salam Kak Antan, sedapnya nampak pie akak ni. Kalau dekat, Kaz mmg dah tempah dah. Bila tgk resepi, bahan2 mcm senang tapi bila tgk cara nak buat pastry tu yg rasa mcm tak berdaya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya Kaz... kalau dekat memang akak buatkan... serba salah pulak akak bila mak yong teringin nak makan....

      Delete
  6. aslmkm kak..t.kasih ya, susah2 lak soh akak boh rsp & uploan acuan..hehe..kna beli cutter ani ya..acuan tart saya punya pun kecik je..I.Allah akn cuba ok..t.kasih lg skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susahlah Anna, akak c n p jer... tengoklah tu.... berbelang jadinya... tak tau dah nak buat guana.. tak pakai cutter mungkin susah sikit kot, tapi kalau ada acuan apa2 yang sama saiz, ok jer....

      Delete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...