Wednesday, September 19, 2012

Kari @ Gulai Siam

Assalamualaikum semua....

Hari ni datang mood rajin sikit nak update blog... tapi sebenarnya apa yang dimasukkan ni, lauk yang dimasak Ahad lepas... bagi penggemar kari, kalau nak lainkan sikit rasanya bolehlah mencuba.
Resepi ni akak dapat daripada adik ipar akak semasa balik beraya hari tu... tapi ada yang diubahsuai...Kalau kat Kedah dipanggil gulai... kalau kat sini dipanggil kari... Jom tengok resepinya..
Kari @ Gulai Siam
  • 1/2 kilo ikan ( apa-apa jenis ikan je yang sesuai - akak guna ikan kembong- kat kedah dulu guna ikan Temolian)
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 500ml santan pekat dan ditambah dengan air sebanyak yang dikehendaki...
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Rebung secukupnya ( tapi akak gantikan dengan bendi dan tomato- tak sempat cari rebung )
Cara memasaknya
  1. Masukkan santan dan air secukupnya ke dalam periuk
  2. Masukkan serbuk rempah kari dan pes tomyam
  3. Bila dah sebati, masukkan bendi @ rebung.
  4. Kemudian masukkan ikan dan seterusnya tomato.
  5. Masukkan daun limau. Biarkan mendidih.
  6. Perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
Senang je kan...... Selamat Mencuba...

Monday, September 17, 2012

Yang Lepas-lepas...

Assalamualaikum semua...
Pasti semuanya sedang bergembira bercuti bersama-sama keluarga... Akak pun alhamdulillah dapatlah berkumpul sekeluarga sebab along pun balik bercuti.... Dah lama akak tak mengemas kat blog ni... sibuk dan malas pun ada... Jadi hari ni masukkan tempahan yang dah lepas.... rasa-rasanya dalam dua minggu ni kot....
Birthday cake tempahan Syuhada, sempena birthday anak kesayangan.... 
 Talam-talam ni pulak tempahan Kak Wan dan Kak Jasimah
 Talam Skoteng... tempahan Faz dan cikgu-cikgu kat sekolah
 CMC tempahan Teh Azhua untuk birthday anaknya Azrin yang sama tadika dengan Awan....
 Talam Suji dan Seri Muka... juga tempahan Teh Azhua n the gang untuk pot luck pagi Jumaat lepas
 Talam Skoteng dan Seri Muka
 sebenarnya Sarihat nakkan separuh-separuh.... yang selebihnya pasti habis jugak....
 RVC... tempahan Asfarida Sabtu lepas
 CMC tempahan Siti Rosnah semalam
Siti menempah bersekali dengan Talam Suji...
Terima kasih semua....

Tuesday, September 4, 2012

Puding Jagung

Assalamualaikum semua...

Semalam akak masak Puding Jagung ni... dah lama tak makan dan dah lama janji dengan kawan-kawan kat sekolah... jadi, semalam baru terlaksana...Terima kasih kepada Kak Munirah yang nak berkongsi resepi puding ni dengan cikgu-cikgu kat Jalan Bukit...
Bagi yang nak mencuba...


  • 1 kotak ( 1 liter ) susu UHT
  • 1 kotak ( 200 @ 250 ml ) whipping cream
  • 1 tin jagung ( cream style )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 8 sudu besar gula pasir
Campurkan semua bahan, kacau rata dan kacau di atas api sederhana hingga mendidih dan masak.
Tuang ke dalam acuan... ( puding ni lembik ye... tak boleh dipotong )

RVC Menjadi Pilihan dan Permintaan

Assalamualaikum semua....

Hari ini,cuba masukkan n3, termasuk tempahan-tempahan sebelum hari raya hari tu... Kebanyakannya tentang RVC yang menjadi pilihan dan permintaan cikgu-cikgu kat sekolah akak....
 Kedua-dua kek kat atas ni ditempah oleh Asfarida untuk majlis perkahwinan adiknya pada hari Sabtu baru-baru ni.
 Ini pulak tempahan hari Rabu terakhir sebelum bercuti hari raya hari tu... Terima kasih Najilla, Hafiza dan Hamiza..
 Ini pulak tempahan yang akak hantar pagi Jumaat sebelum balik berhari raya... Terima kasih Kak Mai..( cuba ye RVC ni ) dan Rozlin... Harap semuanya berpuas hati.
Selitkan jugak tempahan dua jenis talam ni yang ditempah juga oleh Asfarida pada hari Ahad lepas... Pagi tadi pun hantar lagi satu loyang Talam Skoteng ke rumahnya sebab mak As nak bawa ke Masjid Afzan sebab katanya ada majlis hari raya... Terima kasih ye...

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka

Assalamualaikum semua...

Salam merdeka daripada akak untuk semua... Pasti ada yang pergi menyaksikan perarakan mengikut negeri masing2 ye...Kalau kat Kuantan ni, diadakan di Padang MPK 1, akak dengan anak2 yang kecik ni tengok kat tv kat rumah je.... angah dengan suami akak ke Padang MPK 1.
Semua kita bangga menjadi anak Malaysia kan?.. Termasuk juga akak,bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini... sebuah negara yang aman makmur...
Sekadar ingin berkongsi pengalaman akak semalam. Di sekolah-sekolah untuk bulan kemerdekaan ni pasti akan diadakan sambutan mengikut sekolah masing-masing dan tidak terkecualilah di sekolah akak, dan salah satu aktiviti, pastinya pertandingan menghias kelas patriotik.... jadi hari Rabu lepas,akak masuk kelas akak, akak pun umumkan, esok kita akan hias kelas untuk bulan kemerdekaan, jadi bawalah apa-apa yang sepatutnya....
Jadi... semalam.... tak ada seorangpun anak murid akak yang bawa apa-apa... Tak apalah mungkin diorang tak ada bajet kot.... Akak pun dah sediakan serba sedikit bendera dan sebagainya... Jadi bermulalah operasi menghias kelas... sekadar buat permulaan, sebab niat akak akan disambung lagi pada minggu depan...
Tapi, apa yang membuatkan akak terkilan ialah sikap sesetengah anak murid akak ni yang langsung tidak mengendahkan apa yang dibuat kawan-kawan... Mereka ni boleh duduk dalam kumpulan masing-masing dan bersembang ,bersenda gurau dan mulalah membuat bising dan yang pastinya yang membantu akak menghias kelas semuanya terdiri daripada pelajar-pelajar bangsa kita... bukan nak masukkan isu perkauman di sini, tapi itulah hakikatnya.... 
Lepas dah siap tu, mulalah akak pun bagi syarahan sikit kat diorang... memang sukar nak terapkan semangat kebangsaan ni pada diorang... Inilah generasi yang akan memimpin negara pada tahun hadapan... Rasa-rasanya sebab itulah subjek Sejarah dijadikan subjek wajib lulus untuk peringkat SPM....

Tuesday, August 28, 2012

Samperit Comel

Assalamualaikum semua.....

Rasa-rasanya dah lama tak update blog ni.... Pertamanya virus M menyerang... keduanya lappy kesayangan akak ni masuk wad lama... baru dapat tadi..... 
Terasa pulak nak update blog malam ni... Biskut Samperit Comel ni pada mulanya akak buat untuk diagihkan pada kawan-kawan sekolah, tak ada niat apa-apa pun...Tiba-tiba esoknya....
" Akak.... buatlah jual biskut samperit semalam... anak saya suka makan....."
" Hey... mu buat jual tak kuih semalam... akau nak beli... anak aku suka makan..."
Tiba-tiba ada pulak cikgu-cikgu yang minta nak beli.... kalau ikutkan hati memang malas sangat akak nak buat.... tapi bila diingatkan anak-anak yang nak makan.... digagahkan lah jugak diri ini untuk membuatnya...

Jadi terhasillah biskut samperit comel ni... tapi taklah banyak pun akak buat... dapatlah dalam 9@10 balang... akak bawa ke sekolah 6 balang.... Jadi sesiapa yang nak resepinya bolehlah klik di SINI..

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum semua...
Pasti semua sedang bergembira menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini kan.... Akak sekeluarga tahun ini menyambut Syawal di tempat akak di Jalan Kuala Kedah....
Pada kesempatan ini, akak ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya dalam post post akak selama ini ada yang menyinggung perasaan mana mana pihak... Semoga kedatangan Syawal pada tahun ini membawa kebahagiaan untuk semua dan sama-samalah kita berdoa semoga dipanjangkan umur dan dapat bertemu kembali dengan Ramdhan pada tahun hadapan...
Akhir sekali, terima salam sayang daripada akak untuk semua pengunjung Antan Bertingkah

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...