Thursday, September 8, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua....

Masih ingat lagi pada ikan patin yang ditangkap di Mentakab hari raya hari tu?... Haaaa inilah dianya.... dah jadi gulai tempoyak pun.... sebenarnya ni menu hari Isnin lepas, dah licin dah pun.....Rasa2nya akak dah pernah bagi resepi dulu... tapi akak masukkanlah lagi sekali,tapi resepi main agak2 je ye....
Ikan Patin Masak Tempoyak


Bahan-bahannya

  • 4 ketul ikan patin
  • 7 tangkai cili padi ( ikut citarasa masing2 untuk tahap kepedasannya)
  • 4 sudu makan tempoyak ( ini pun ikut citarasa masing2, lagi banyak lagi pekat)
  • daun kesum
  • asam keping
  • garam secukupnya
Cara memasaknya
  1. Lada dan tempoyak diblender sekali ( cara akak sebab nak cepat)
  2. Masukkan bahan blender ke dalam periuk dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan air, dan kemudian ikan patin.
  4. Bila dah mendidih masukkan asam keping dan daun kesum. ( boleh juga masukkan bunga kantan)
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, tapi hati2 jangan sampai manis pulak.

6 comments:

  1. sedapnya... memang tengah teringin nak makan ikan patin ni...

    ReplyDelete
  2. adeeehhhh.... tempoyak dah ada, patinnya belum jumpa....nak kena buat jugak nih!

    ReplyDelete
  3. salam kak yus..selamat hari raya aidlfitri..maaf zahir dan batin..
    sedap nampak ikan patin ni..first time makan tahun 1993..aunty dari pahang yg masak..lemak2 gitu..

    ReplyDelete
  4. Salam, Cheq Sue....
    Kalau teringin kena buat, nanti termimpi2

    ReplyDelete
  5. Amie... buat, jangan tak buat... sedap ni...

    ReplyDelete
  6. Mieza, selamat hari raya, maaf zahir batin... Betul Mieza, ikan patin ni memang berlemak.... sedap...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...