Monday, July 2, 2012

Pulut Sekaya

Assalamualaikum semua....

Hari ni masukkan n3 Pulut Sekaya ataupun ada yang panggil Seri Muka. Akak buat ni hari Jumaat lepas, dah habis dah pun.... tengok gambar je lah ye... Ramai jugak yang bertanya resepi. Akak masukkan kat sini ye...
 Bahan A

  • 500 gm beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 4 jam ( akak rendam semalaman )
  • 400 ml santan pekat
  • 100 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:

  1. Gaulkan kesemua bahan A, masukkan ke dalam loyang 10 x 10 inci dan kukus selama 30 mint
  2. Kemudian pulut ditekan-tekan supaya padat.

Bahan B
  • 140-150 gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250 ml santan pekat
Campurkan kesemua bahan B dan kacau rata.

Bahan C
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula pasir
  • 500 ml air
Cara-caranya
  1. Kesemua bahan C direndam @ dimasak untuk melarutkan gula.
  2. Campurkan ke dalam bahan B dan tapis ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sehingga pekat.
  4. Tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
  5. Kukus selama 30 minit.




2 comments:

  1. Ohh cantik dan nampak sedap sangat.. kecur aje ni membayangkan dapat sepotong hehehe

    ReplyDelete
  2. Alahai... nak bagi pun dah licin.... kalau Sha buat mesti lagi sedap...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...