Friday, November 25, 2011

Brunch : Nasi Lemak Sambal Sotong

Assalamualaikum semua.....

Sebenarnya hari ni baru nak tayang menu semalam. Nasi lemak ni akak masak semalam. Asalnya nak masak untuk breakfast, dah plan dari malam sebelumnya, tetiba dh tengah malam baru terperasan halia dah habis..jadi terpaksalah tunggu lewat sikit untuk beli halia...
Resepinya sama jer macam nasi lemak orang lain, cuma akak tak gunakan beras basmathi, tapi akak gunakan beras siam cap serindit.. mesti orang Kelantan tahu sangat dengan beras ni... beras ni suami akak beli masa ke KB dulu... tapi adik ipar akak cakap, tak elok sangat makan beras siam ni sebab bahan kimianya banyak sebab itulah beras ni tahan lama...
Selain tu akak masukkan santan cair, halia dan serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula...
Sambal sotong tu pulak, sambal tumis biasa jer... tak de yang istimewanya...
Jadi semalam semuanya kekenyangan makan nasi lemak....

3 comments:

  1. Salam Maal Hijrah buat akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. kak yus..salam maal hijrah..mieza kan kak, bukan setakat brunch kekadang tu kan masak terlebih banyak sampai dinner makan nasi lemak yg masak utk bekpes paginya hahhaaha

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah juga buat akak sekeluarga. sedap tgk nasi lemak tu kak kena lak ngan sambal sotong tu..lama lak tak msk nasi lemak ni:)

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...