Thursday, December 8, 2011

Banting, Bukit Changgang dan kenangan bersamanya....

Assalamualaikum semua....

Rindu sangat nak menaip di blog, tapi masa betul2 tak mengizinkan... tapi hari ni cuba jugak menulis, walaupun hanya mencuri2 masa yang sememangnya menghambat... terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Banting..... 
Sejak tahun 2009, selepas akak bertukar dari Kuantan ke Kajang, akak mula kenal dengan daerah Banting... kalau dulu hanya dengar pada nama, tapi untuk 3 tahun ini akak akan ke sana pada setiap hujung tahun untuk urusan rasmi yang perlu diselesaikan...
Pada tahun 2009, pertama kali akak ke Banting dan melalui kawasan Bukit Changgang, ingatan terus pada seorang teman semasa di UPM dulu.. Norhanizah Mohd Salleh atau kami lebih selesa memanggilnya Ila. Memang sejak dulu lagi akak dah tahu Ila memang orang Bukit Changgang sebab dia selalu menceritakan yang dia balik ke Bukit Changgang dari UPM hanya dengan motosikalnya sahaja. Kami tak satu kursus, tetapi mendiami asrama yang sama dan blok yang sama dan kami sememangnya sebaya. Akak memang mengagumi Ila, sebab orangnya cantik, cerdik, daya kepimpinannya teserlah dan sememangnya pakej yang ada padanya semuanya lengkap. Jadi pada tahun 2009, akak dah mula berjinak2 dengan fb dan akak cuba menjejaknya di situ, tetapi gagal, sehinggalah pada pertengahan tahun 2010, akak mendapat tahu sebenarnya dia sudah tidak ada. Dia meninggal disebabkan kemalangan jalan raya, lebih kurang 10 tahun yang lalu. Innalillah hiwainnailaihirojiun... Akak terpana seketika... sungguh muda kawan akak itu pergi mengadap Ilahi, jika dihitung pada usia ketika itu dia pasti baru berusia 30 tahun.
Hujung tahun 2010, akak sekali lagi menjejak daerah Banting dan Bukit Changgang, pasti akak lalui lagi dan ingatan padanya tak mungkin akan padam... dan kebetulannya semasa akak bermesyuarat akak bertemu dengan rakan sekerjanya dulu dan kebetulan sekampung dengannya. Sebenarnya Ila mengajar di SMK Banting semasa hayatnya dan sehari sebelum kemalangan, diceritakan sikapnya banyak berubah, daripada seorang yang suka tersenyum dia bertukar menjadi seorang yang marah2 dan keesokan paginya mereka mendapat berita dia kemalangan jalan raya. Lebih menyayat hati anaknya ketika itu baru berusia 10 bulan dan dia sedang mengandung 3 bulan anak kedua.
Disember 2011, Banting akak kunjungi lagi dan Bukit Changgang akak lewati lagi... yang tinggal hanya kenangan sewaktu bersama-sama dengannya. Kini hanya al-Fatihah yang mampu disedekahkan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... Amin...

7 comments:

  1. selamat kembali berblog kak..

    tapi sedihnya bila baca ttg kisah kawan kak,. arwah ita..

    besarnya pahala dia meninggalkan dunia, keadaan dalam mati syahid..
    subhanallah.

    anak yang ditinggalkan dgn siapa kak skrang?

    ReplyDelete
  2. Akak tak pasti Ayu, setahu akak, bekas suami dia pun dh kahwin lain, akak dgn suami pun kenal bekas suami dia, kami satu kolej dulu.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak,
    mmg sedih kalau seseorg yg kita kenali atau rapat dengannya telah tiada. Kaz pun mengalami perkara yg sama. Melalui fb dapat tahu bahawa 2 org kawan sepermainan semasa kecil telah meninggal disebabkan kanser otak dan juga sakit jantung. Kedua-duanya masih muda, dalam 20an saja. Tapi itulah ajal maut di tgn Tuhan kan.Mmg sedih bila dikenangkan....

    ReplyDelete
  4. Memang betul Kaz... sedih bila mengenangkannya dan juga mengingatkan diri bahawa kita juga semakin menghampirinya...

    ReplyDelete
  5. Salam Antan.. Suami Kak Ani berasal dari Bukit Changgang Kak Ani baru balik dari BC.. terbaca ntry Antan.. Mak mertua tahu kisah Arwah.. Moga roh Arwah bersama org org yang beriman. Aminn..

    ReplyDelete
  6. Ye ke... Amin... kalau boleh tahu,anaknya dengan siapa ye sekarang?

    ReplyDelete
  7. Antan nanti kak Ani tanya kan ya..

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...