Sunday, October 23, 2011

Pergi Tak Kembali....

Assalamualaikum semua....

Lama tak update blog.... sebenarnya akak baru je sampai dari kampung ..... dari Mentakab. Ibu mertua akak telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 19 Oktober 2011 yang lepas.
Hari Rabu lepas akak dapat call dari suami akak jam 12.30 lebih kurang mengatakan ibu mentua akak sedang nazak dan pada masa tu dia dalam perjalanan dari Kuantan balik ke Mentakab dan lebih kuarang pukul 1 tengah hari suami akak call balik cakap mak dah tak ada.
Akak serba salah sebenarnya sebab akak di Kajang dan suami di Kuantan... tapi akak buat keputusan, akak memang terpaksa drive sendiri balik ke Mentakab, walaupun setelah 16 tahun berkahwin, akak belum pernah drive sendiri ke Mentakab. Akhirnya selepas uruskan anak-anak, kami bertolak jam 3.30 ke Mentakab dan sampai lebih kurang jam 6.00 petang. 
Sempatlah kami sekeluarga menatap wajah ibu mentua akak buat kali terakhir kerana dia disemadikan selepas isyak malam tu jugak.
Jadi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan, semoga roh ibu mentua akak ditempatkan dalam kalangan orang-rang yang beriman.... Amin...

7 comments:

  1. Assalam kak Yus, salam takziah buat akak sekeluarga dan al-fatihah buat arwah MIL akak semoga arwah ditempatka dikalangan para solehah...insyaAllah..amin.

    ReplyDelete
  2. takziah kak yus..al fatihah utknya..semoga roh ibu mertua kak yus bahagia di sana insyaallah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yus,
    Takziah buat Yus sekeluarga. Tak dengar berita pun kat sekolah. Nasib baik bukak blog ni.Apa pun semoga arwah mertua Yus berada bersama orang2 yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  4. Amin.... terima kasih Ozzy dan Yatie..

    ReplyDelete
  5. salam kenal kak :)

    takziah utk akak sekeluarga..

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...