Dozen Roses Love Note

Monday, July 11, 2011

Apple Puff

 Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah dah kenyang pun berbuka hari ni... Untuk berbuka petang tadi akak cuba2 buat epal puff ni... dah lama teringin nak mencuba tapi tak kesampaian sebab sekian lama akak dok mencari kulit puff pastry tu. Rupanya banyak pun kat Tesco, cuma akak kot yang rabun... tak nampak... bila bulan lepas ronda2 kat bahagian sejuk beku tu dan ternampak puff pastry ni, rasa macam nak menjerit nak bagi tau semua orang kata dah jumpa.... punyalah jakunnye kan... orang lain dah lama pun buat.
 Untuk resepi intinya rujuk macam2 blog tapi akhirnya ikut suka sendiri je, ikut apa yang ada...
ternganga-nganga puffnya sebab tak ditekan kuat dengan garfu.
 Tapi sedihnya anak2 tak berapa suka sebab mungkin rasa kulit kayu manis tu... jadi terpaksalah akak habiskan di sekolah esok...harap2 tak timbul kontroversi pulak ye.... orang2 tertentu je yang faham ni... setahu akak tak salah kan masak bagi orang makan... cuma tak boleh lah nak menjamu semua orang kalau bendanya sikit.
Kalau nak resepi inti cara akak, senang jer... resepi orang lain pun sama je sebenarnya...

Apple Puff

Bahan-bahannya
  • 3 biji epal hijau dikupas dan dipotong dadu
  • 1 sudu besar butter
  • 5 sudu makan gula pasir ( ikutkan akak nak masukkan gula perang, tapi xde stok) 4 sudu dah cukup kot, sebab akak rasa agak manis... tadi tak boleh nak rasa
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 paket puff pastry jenama Kawan
Cara2nya
  1. Cairkan butter, dan kemudian masukkan kulit kayu manis
  2. Masukkan epal bersama2 sedikit air dan masukkan gula
  3. Masukkan garam dan masak hingga lembut dan kering
  4. Sudukan ke atas kulit pastry, dan lipat 2, tekan sekelilingnya dengan garfu, torehkan bahagian atasnya dan sapukan telur dan bakar dalam suhu 180' celcius sehingga garing di atasnya


3 comments:

  1. tu lah kat rumah akak ni pun macam tu jugak.anak2 tak berapa nak suka bau kulit kayu manis tu..

    ReplyDelete
  2. Kak Anymz, saya tak pernah buat sebelum ni dan tak pernah makan, tapi rasanya kalau tak masuk kulit kayu manis tu macam tak kena pulak kan...

    ReplyDelete
  3. Antan...kak cek suka bila campur ngan kayu manis tu...harum baunya...tapi biasala tekak anak2 kita...bila berempah sikit tak mau makan....he he...:)sedap pe campur kayu manis...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails