Monday, July 25, 2011

Pai lagi...dan resepi inti Pai Ayam

Assalamualaikum semua....

Hari ni masukkan semua n3 minggu lepas. Minggu lepas sangat sibuk dengan tempahan pai.
Kat atas ni campuran antara pai ayam, epal dan nenas... tempahan untuk hari Khamis... tak banyak akak buat untuk 16 biji jer...
Ini pulak tempahan untuk hari Jumaat... pai ayam, nenas dan epal...
Semuanya akak siapkan 64 biji.... letih....
Hari tu akak janji nak masukkan resepi inti pai ayam kan... oklah resepi cara akak...


Inti Pai Ayam
Bahan-bahannya
  • 1 paket ayam kisar jenama Ramly
  • 1 tin cendawan butang di potong
  • 1 tin sup cendawan 
  • 3 labu bawang besar didadu
  • 2 biji kentang didadu dan digoreng sebentar
  • tepung gandum dan air untuk memekatkan ( 2 @ 3 sudu besar tepung)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit butter untuk menumis.
Cara-caranya
  1. Panaskan butter dan tumiskan bawang besar yang didadu hingga layu.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga kering
  3. Masukkan sup cendawan yang telah dikacau dengan sedikit air.
  4. Masukkan cendawan yang telah dipotong dan kemudian kentang.
  5. Masukkan serbuk lada hitam mengikut selera, boleh tambah garam mengikut selera.
  6. Masukkan tepung gandum yang telah dikacau dengan air untuk memekatkan.
  7. Sejukkan dan sedia untuk diisi ke dalam pastry.

1 comment:

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...