Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum semua....

Esok 1 Ogos 2011, umat Islam di Malaysia akan mula menyambut 1 Ramadhan. Walaupun anak bulan dijadualkan dilihat pada petang ni, namun apa yang pasti, esok umat Islam akan mula berpuasa. Kecanggihan sains dan teknologi telah mengubah cara tradisi. Masih ingat lagi ketika kecik2 dulu, saat pengumuman anak bulanlah yang ditunggu2 terutamanya pada malam raya... kalau diumumkan anak bulan Syawal telah kelihatan, satu kampung akan kedengaran bersorak keriangan, terutamanya anak2 kecil... namun sekarang segalanya telah sedikit sebanyak berubah...Namun itulah yang dikatakan kemajuan kan...

Di kesempatan ini, akak ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan blogger dan pengunjung blog Antan Bertingkah... semoga di bulan yang mulia ni dapatlah kita semua melipatgandakan amal ibadat di samping tugasan seharian.

Akak juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, sekiranya pernah tulisan2 akak dalam blog akak ni yang menyinggung mana2 pihak secara tidak langsung. Tak pernah terniat di hati untuk melukakan hati sesiapa tambahan pula persahbatan yang indah ini terbina di alam maya...

3 comments:

  1. salam kak..time kasih sudi berkunjung ke umah sy..selamat berpuasa juga dr saya utk akak sekeluarga ...:)

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...