Sunday, July 3, 2011

Selamat ulang tahun Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan

Assalamualaikum semua....

Hari ini 3 Julai 2011, genaplah 6 tahun umur anak akak yang ke-4, Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan. 
Kalau diimbas kembali pengalaman membesarkan Aqil, rasa2nya dialah anak yang paling tidak banyak karenah semasa bayinya. Memang sangat senang menjaganya semasa bayi. Namun sekarang, pastilah dia seperti anak2 lain yang seusianya, bila bertemu je dengan adiknya pasti ada sajelah projek yang dibuat mereka.
 Gambar-gambar ni semuanya diambil semalam semasa aktiviti sukan yang diikutinya semalam. Bagi akak, Aqil merupakan anak yang sering membuat kejutan, mungkin sebab kelahirannya juga mengejutkan semua orang. Mana taknya kelahirannya 3 minggu lebih awal dari jangkaan. Semasa 7 bulan mengandungkannya, akak berpindah ke Kuantan kerana hubby akak bertukar ke sana.
 Rumah di Kajang ditinggalkan tanpa dikemas sepenuhnya, jadi setiap hujung minggu, kami akak balik ke Kajang untuk mengemas rumah. Jadi semasa balik pada minggu tersebut, akak ingat seperti biasa tanpa membawa sebarang baju bayi, tapi seolah2 tergerak jugak untuk bawa lebih baju akak. Tiba2 je terasa sakit, dan pada malam Ahad tu terus akak minta suami hantar ke Hospital Kajang. Ingatkan nak bersalin kat Hospital Tuanku Ampuan Afzan, rupanya Aqil tetap nak jadi orang Kajang, macam abang2 dan kakaknya.
 Itulah Aqil, kelahirannya juga mengejutkan. Suami akak terpaksa shopping balik 2 tiga pasang baju baby. Jika dinilai buat masa sekarang perangai Aqil lebih mengikut perangai along. Dia begitu teliti dalam menyediakan segala keperluannya. Sama seperti perangai along. Namun kenakalannya kadangkala begitu mencabar kesabaran akak. Tapi itulah karenah seorang anak yang sedang membesar.
Diharapkan Aqil membesar menjadi anak yang baik, hormat kepada orang tua dan taat kepada perintah agama.

6 comments:

  1. Happy birthday Adik Aqil Fahmi..semoga menjadi anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  2. Happy BirthDay Aqil...semuga sejahtera ceria dan jadi anak yang soleh dan cemerlang....

    ReplyDelete
  3. hepi besday aqil..moga menjadi anak yg soleh n kebanggaan ibu n ayah..Insyaallah..
    ~ibu buat kek spesel tak utk aqil??...heheh

    ReplyDelete
  4. 'HAPPY BIRTHDAY AQIL"..SEMOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YG SOLEH..RAJEN2 BELAJAR & JGN NOTTY2 TAU!!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ye untuk semua yang wish untuk Aqil....

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...