Wednesday, June 8, 2011

Puding Tauhu

 Assalamualaikum semua.....

Hari ni tergerak nak buat puding tauhu yang ditayang di rumah Mas dan Izah. Sebelum ni kawan akak dah pernah buat, masa jamuan hari jadi yang akak masukkan n3 baru2 ni, masa yang akak buatkan RVC tu. Ada jugak akak mintak resepi dari si Azmar, lebih kurang je lah dengan resepi Kak Nor ni... terima kasih ye Kak Nor atas resepi puding yang sedap ni. Mohon di c n p ye... Resepi ni dicopy dari rumah Mas-Duniaku
Puding Tauhu



Bahan :

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan

Cara membuat Puding Tauhu :

  1. Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  2. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  4. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  5. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  6. Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara Membuatnya :
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

10 comments:

  1. sedapkan kak antan puding ni.. terasa rasa fresh makan sejuk2.. fuhh..best!!

    ReplyDelete
  2. Ha ah Izah,memang sedap, anak2 akak suka sangat..

    ReplyDelete
  3. silakan.. silakan.. tp boleh tak nak ngendeng barang 3 @ 4 ketul.. hehe

    mekasih sudi try ya.. :)

    ReplyDelete
  4. Sama-sama Kak Nor... nanti saya antar ye..

    ReplyDelete
  5. sedapnya...rasa sejuk melepasi tekak hehehe

    ReplyDelete
  6. sedaaapnya... bila ler nak smpi kat dapur diana nie... :)

    ReplyDelete
  7. wah dah sampai dapur akak dah puding ni dah lama teringin nk buat tapi tak buatx2 juga hehe

    ReplyDelete
  8. Salam Diana...

    Rasanya esok lusa sampailah kat rumah Diana tu..

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...