Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu.....

Assalamualaikum semua......

Selamat Hari Ibu, untuk rakan2 blogger, pengunjung2 blog AB dan rakan2 di fb dan semua wanita yang bergelar ibu, bakal ibu ataupun wanita yang sekian lama berkeinginan untuk bergelar ibu, pasti naluri keibuan itu telah lama wujud dalam diri kalian. 
Walaupun menjelang Hari Ibu tahun ini, sejarah sambutan Hari Ibu telah disingkap, tapi bagi akak, ucapan ini ikhlas dari hati untuk semua ibu dan tidak ada niat lain di sebaliknya... mak, mama, ibu, ataupun ummi merupakan seorang wanita yang sungguh berjasa dalam diri kita...tanpa mereka, tak mungkin kita wujud di dunia ini. Sesungguhnya setiap hari kita mengingati ibu kita, cuma bezanya hari ini, mungkin ucapan selamat itu dilafazkan...atau mungkin perasaan sayang itu dizahirkan pada sekeping kad mahupun sebiji kek.
Buat ibuku yang jauh nun di utara tanahair Nor Ridzah bt.Mahmud... Selamat Hari Ibu...terima kasih kerana telah membesarkan diri ini, walaupun tanpa seorang lelaki yang bergelar suami. Sesungguhnya pengorbananmu tiada tandingannya, sanggup menelan kepayahan dan umpat keji demi membesarkan kami.
Semoga dirimu sentiasa dirahmati dan diberkati Allah hendaknya...
Juga tidak lupa untuk ibu mentuaku... terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan seorang anak yang kini menjadi teman hidupku...tanpa didikan dan asuhanmu, pasti dia tidak akan menajdi seorang suami yang baik.
Tiada bahgia jika tiada doa puja restu...... syurga itu di telapak kaki ibu.....

4 comments:

  1. salam ziarah akak "Selamat Hari Ibu".

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum K.Yus,
    Selamat Hari Ibu juga buat akak..

    ReplyDelete
  3. Untuk Fie, Yatie dan Norlie...Selamat Hari Ibu untuk semua... sama2lah kita berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik...sekurang2nya di hadapan mata anak2 kita...InsyaAllah.

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...