Saturday, May 7, 2011

Kenangan di Pangkor...

Assalamualaikum semua...

Hari ni baru dapat masukkan gambar2 di Pulau Pangkor. Jangan terkejut ye, kalau gambar2 kat bawah ni pelik sikit, kak antan baru nak belajar edit gambar pakai photoshop, orang lain semua dah tahu....
 Kalau tak silapkak antan yang kiri ni gambar pantai Pasir Bogak, yang kanan tu gambar pembinaan bot nelayan...harga bot tu bila dah siap rm1 juta...kayo tukang bot tu yo....
 Ini pulak gambar kak antan dan roomate kak antan semasa di Pangkor, Kak Rozlina, yang tudung pink tu member masa di UPM dulu, jumpa kat sana. Kalau perasan gambar sudut atas kanan tu gambar replika tembok cina



Kat atas ni gambar2 di Kota Belanda

Meriam yang menyambut pengunjung di Kota Belanda
Haaa.... masa pusing2 pulau kami sempat singgah beli lempeng pisang....boleh tahan rasanya...
inilah brader tukang masaknya....bila ditenung2 ada jugak iras2 amy search...
Di dalam lempeng ni diletakkan kelapa muda yang dicampur garam.

Jangan terkejut kalau biasa tengok pokok2 ni....sebenarnya ni bukan kat Pulau Pangkor, kat Putrajaya. Hubby kak antan jemput hari Khamis hari tu tak terus balik rumah, dia pergi main futsal dulu, jadi kak antan pun ronda2lah kat Putrajaya. Berkenan pulak tengok pokok ni..... 
dan bila bunga-bunga berguguran kat situ...
cantik pulak kak antan tengok bunga2 tu....


rumah yang baru siap kat kawasan tu.... cantik...semi D dan teres dua tingkat...kot2 ada yang berkenan....kak antan tak dapat apa2 pun...saja suka2 jer....hehehehe....

2 comments:

  1. assaalam kak antan..seronok kan kalau bleh pi bercuti..sekali sekala tuko angin.sy tak pernah smpai lagi kat Pangkor.Pada hal xjauh mana dr Penang ni

    ReplyDelete
  2. Lina, Pangkor memang tempat yang sesuai untuk bercuti bersama kelaurga dan menenangkan fikiran.... tapi kalau jenis yang suka shopping..this is not the right place... sebab kat sini boleh beli ikan bilis, sate ikan dan yang sewaktu dengannya je...hehehe..

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...