Sunday, January 30, 2011

Puteri Ayu

Assalamualaikum semua....
Tengoklah gara-gara tengok puteri ayu kat rumah Yatie, kak antan pun rasa teringin sangat nak buat. Jadi tadi terus pergi beli kelapa parut, walaupun mintak kelapa parut putih, tapi dapat yang tak berapa putih. Ni first time kak antan buat puteri ayu, jadi taklah seayu yang kat rumah Yatie. Tak apalah, janji licin.... Tapi yang musykil sikitnya, Yatie dapat 36 ketul, tapi kak antan dapat 26 ketul je...tapi rasa2nya tahu sebab apa, mungkin sebab kelapa parut kak antan sikit kot atau akak pukul tak cukup kembang. Tapi tu bukan masalah besar, yang pentingnya anak2 kak antan suka sangat, kalau setakat 26 ketul tu, sekali paling je...hubby kak antan yang pada awalnya buat muka tak confident pun banyak jugak masuk ke perutnya....Terima kasih ye Yatie, atas resepi ni akak mintak izin c n p ye....
Puteri Ayu


Bahan-bahan ( Yatie dapat 36 ketul, akak dapat 26 ketul )

  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran

Inti Kelapa

  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Cara

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.

Along Dah 14 tahun

Assalamualaikum semua....

Buat apa ye pagi2 minggu ni? Masak apa? Akak masak lempeng je tadi untuk anak2 dan hubby makan. Sebenarnya hati teringatkan along di asrama, sekolah dia tak ambik cuti tambahan, jadi dia tak balik lg lah. Hari ni 30 Januari maknanya dah genaplah umur along 14 tahun jam 1. 58 pagi tadi. Kalau kat rumah bolehlah potong kek ye long.... nantilah bila along balik rumah nanti, kita potong kat Mentakab ye..InsyaAllah.
ni gambar dia kat asrama ni.... tahun lepas

Bila diingatkan balik masa akak melahirkan along ni kelakar jugak, ye lah pengalaman melahirkan anak sulung. Along dilahirkan 2 minggu awal dari tarikh jangkaan. Sepatutnya dia dijangka lahir pada 14 Februari 1997, selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun tu, tapi sebab awal 2 minggu jadi dia lahir pada 21 Ramadhan, dia nak sambut rayalah tu..... 20 Ramadhan tu kak antan masih lagi pergi ke sekolah mengajar, masa tu mengajar sesi petang di SMK Pandan Jaya, Ampang. Petang tu hubby jemput dengan motor lagi dari Ampang balik ke Kajang. Perut dah rasa lain macam, tapi hubby pulak petang tu dia singgah pasar Ramadhan.Kak antan ni walaupun dah rasa tak sedap ikut jugaklah... Masa buka puasa dah tak lalu makan, lepas maghrib terus ajak hubby ke hospital. Dalam perjalanan hubby dok merungut( dia ingat kak antan sakit main2 je, belum nak bersalin.) macam mana nak balik raya kat Alor Setar kalau dok sakit2 cam ni. Lepas kak antan dimasukkan ke wad, dia pun balik ke rumah tanpa apa2 perasaan pun. Malam tu jugak kak antan bersalin jam 1.58 pagi. Masa tu mana lah ada hp lagi, jadi tak siapa pun tahu kak antan dah bersalin, sampailah pagi esoknya, dah pukul 9 @ 10 pagi kot, kak antan cari public phone call dia, dah confirmlah dia kat pejabat...bila sampai kat hospital, dia cerita kawan2 semua marahkan dia, sebab bini nak beranak pun dia masih pergi pejabat.

ni gambar masa dia darjah 3 kot, masa ni kat Kuantan lagi SK Bukit Setongkol.

Setiap anak ada rezeki masing2, bagi kak antan dan suami, along sendiri merupakan rezeki untuk kami kerana dia lahir setelah hampir 2 tahun kami berkahwin dan setelah 2 kali kak antan mengalami keguguran. Along pulak merupakan cucu lelaki sulung untuk kedua2 belah keluarga. Yang paling gembira ialah arwah bapa mentua kak antan, sampaikan along ni dua kali dibayar zakat fitrah tahun tu, sekali oleh hubby kak antan, sekali oleh arwah bapa mentua sebab terlalu gembira dapat cucu lelaki.

Along... ibu harap along jadi anak dan abang yang bertanggungjawab pada keluarga. Ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk along.

Saturday, January 29, 2011

Kek Buah Kukus

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni tentang kek buah kukus yang kak antan siapkan malam tadi. Pagi tadi kak antan hantar pada tuannya. Kek ni ditempah oleh Kak Ainizam bagi pihak ibunya yang nak menghadiri kenduri besannya. Kira buah tanganlah ni. Gambar kat atas ni, gambar kek terakhir yang baru keluar dari kukusan.
Kak Ainizam tempah 5 biji semuanya....Terima kasih ye Kak Jam. Resepi untuk buat kek ni akak ambik dari blog Chetam. Jadi akak C n P kat sini ye...


KEK BUAH KUKUS
Sumber: Kak Liza

Bahan:
  • 300 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus
  • 4 biji telur gred B
  • 1 1/4 buku mentega 
  • 250 gm buah-buahan campuran( gaulkan dengan sedikit tepung di atas)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 sudu teh cream of tartar
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna coklat
  • 1 cawan gula untuk gula hangus

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila, dan pewarna coklat
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata. (hati2 dengan air gula yang panas)
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

Friday, January 28, 2011

Happy Birthday Ezan

Assalamualaikum semua....
Kek yang disiapkan petang tadi. Kek ni ditempah oleh kawan sepejabat dengan hubby kak antan. Sebenarnya dia menempah kek ni lebih sebulan dulu, sejak dia makan ciskek ni di majlis perkahwinan Ekkram dan Amalia bulan Disember dulu. Mungkin ada yang dah baca N3 tentang Ikatan Kasih Ekkram dan Amalia. Kek ni sempena birthday anak bongsunya Ezan yang dah 14 tahun. Happy Birthday Ezan...semoga menjadi anak yang solehah, anak yang membahagiakan ibu bapa.

Thursday, January 27, 2011

Lagi Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum semua....
N3 malam ni juga tentang kek coklat kukus. Kak antan kukus 4 bekas hari ni. 2 bekas ditempah oleh Nor Azmar, repeat order dan 2 bekas lagi hubby kak antan nak bagi pada anak2 buahnya yang selalu ringan tulang bekerja....

Wednesday, January 26, 2011

Triffle

Assalamualaikum semua...
N3 betul2 sebelum masuk tidur ni, buat petang tadi sebab teringin sangat bila tengok kat blog Nur Indah. Indah pakai laici jadi akak pun pakai laici jugak..sedap...Indah kata resepi ni dari Chef Hanieliza, jadi boleh klik kat sini....Kak Antan mohon copy paste resepinya ye Indah...

Triffle

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera ( akak jumpa jenis Jela perisa rose)
1 tin fruit cocktail (akak ganti laici)
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus laici dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah laici ke atas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan ke atas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Monday, January 24, 2011

Ikan Siakap ala-ala Stim

Assalamualaikum semua...
N3 makan malam hari ni, Ikan Siakap ala-ala stim. Resepi ni dah lama kak antan dapat daripada seorang rakan. Sekarang kak antan sendiri tak tahu dia di mana. Betul2 lost contact. Walau apa2pun terima kasih ye Kak Rosni, walaupun resepi ni tak diikut 100 peratus tapi tetap sedap...Nak tau sebab apa ala2 stim? Jom layan resepi.

  • 1 ekor ikan siakap (dilumur dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk, beserta garam dan air limau nipis)
  • 5 ulas bawang putih - mayang
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 1" halia - mayang
  • 2 batang serai titik
  • segenggam cili padi - dipotong halus
  • 2 sudu sos tiram ( kak antan tak masukkan sebab tak ada)
  • air limau nipis lagi ( kak antan guna lemon sebab nak habiskan stok)
  • daun bawang - dihiris
Cara-caranya
  1. Panaskan kuali dan masukkan air.
  2. Masukkan ikan berserta dengan bahan2 perapan tadi.
  3. Biarkan air mendidih bersama-sama ikan.
  4. Masukkan semua bahan yang dimayang dan dihiris dan juga serai yang diketuk.
  5. Masukkan juga sos tiram.
  6. perah air asam limau - tutup api.
  7. Hidangkan.
Jadi dah tau sebab apa kak antan kata ala2 stim. Bukannya distim tapi sama macam direbus je kan...tapi rasanya macam ikan yang distim...Kalau nak tahu rasanya...cubalah...

Sunday, January 23, 2011

Kelas

Assalamualaikum semua...
N3 kedua hari ni tentang kelas yang kak antan hadiri petang tadi. Sebelum ni kak antan buat talam selalunya akan mengikut resepi sahaja, biasanya pun resepi daripada rakan2 blogger, tak pernah ikut kelas talam. Niat di hati memang nak sangat masuk kelas, cuma masa biasanya tak mengizinkan. Wah!wah!wah! macamlah sibuk sangat kan...Jadi hari ni, walaupun dalam kepala ni berserabut memikirkan perancangan strategik yang belum siap, pelan taktikal yang belum siap, kak antan redah juga ikut kelas kat rumah Azimah Cooking Class. Dia ajar 3 jenis talam dan satu jenis kuih lompang.
Yang ada warna coklat tu Talam Lamansari, yang hijau kuning tu Lapis Kentang.
Talam Lamansari
Ini Lompang Sagu Harmoni yang baru keluar dari kukusan.Yang dah ready untuk dihidangkan boleh tengok balik gambar yang paling atas. Azimah Cooking Class ni kat Bangi. Rakan2 kak antan di Kajang yang dah lama menceburi bidang ni, mesti dah lama mengikuti kelas Puan Azimah ni, kak antan je lah yang tertinggal, kita ni kan budak baru belajar. Sesiapa yang nak tahu tentang Azimah Cooking Class, bolehlah add beliau kat fb atas nama Azimah Cooking Class.

Pertama dan Sebelas

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni tentang kek karot yang baru disiapkan dan kejap lagi nak dihantar. Carrot Cake with Cream Cheese Frosting. Kek ni ditempah oleh peminat setia kek karot, Ustazah Nazuha. Kek ni merupakan kek pertama tempahan Nazuha untuk tahun ni, tapi bila disingkap balik n3 yang lepas2, kek ni merupakan kek karot kesebelas tempahan Nazuha sejak Ogos tahun lepas. Terima kasih ye Nazuha....

Saturday, January 22, 2011

Maggi Goreng

Assalamualaikum semua...
N3 hari, tentang melayan orang demam. Kesian hubby kak antan demam, memang dari Khamis lagi dia dah tak sedap badan, hari ni terpaksa pulak menguruskan anak2 sebab kak antan kena sekolah ganti. Balik tengah hari tadi kak antan tengok dia berselimut litup dari kaki. Puncanya tengah hari tadi, dia hantar anak2 ke sekolah dengan motor, tengah hari tadi kat sini cuacanya agak panas. Sebelah petangnya dia minta kak antan masakkan maggi, dia teringin nak makan maggi goreng. Kat rumah memang tak de stok maggi goreng, biasanya maggi biasa tu lah yang digoreng. Anak2 memang suka makan maggi. Bila dapat tahu kak antan nak masak maggi mulalah bersorak suka. Kat rumah ni kak antan sorang je yang kurang sikit makan maggi sebab ada cerita di sebalik maggi ni. Jadi tadi disebabkan yang nak makan maggi ramai jadi terpaksalah banyak keping jugak yang kak antan rebus. Resepinya pun ikut suka kak antan je lah....

Jadi dalam maggi goreng tu kak antan masukkan sotong, kobis, daun sup dan telur. Gorengnya pun macam goreng bihun biasa tu je....Kalau tak silap kak antan, kak antan goreng tadi 8 keping kot maggi...liciiin...teringat pulak ke along...kalau dia ada mesti dia pun suka ni... tak pelah cuti Tahun Baru Cina pun dah dekat, nanti dia baliklah bercuti kan....

Friday, January 21, 2011

Ulang Tayang

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni masih lagi ulang tayang kek coklat kukus. Kali ni ditempah oleh Kak Suhaibah setelah melihat kek Azmar kat sekolah tadi. Tapi Kak Su nak separuh adunan je dan nak ditabur dgn coklat rice.
Sukalah anak2 kak antan sebab yang separuh lagi dapat diorang korbankan malam ni....Resepi sama macam semalam ye....

Thursday, January 20, 2011

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum semua...
N3 kedua hari ini... kek ni kukus petang tadi baru je tuang coklat ganache kat atas dia.. Kek ni ditempah oleh Nor Azmar, cikgu kat sekolah kak antan. Azmar ni baru berpindah ke sekolah kak antan. Ni kira tempahan pertamalah ni... tapi akak tahu Mar ni pandai masak kek ni.. Tak pe, lepas ni boleh ambik resepi kat sini dan cuba....

Kek Coklat Kukus

Bahan2nya
  • 1 cawan minyak @ butter cair (kak antan guna butter cair)#
  • 1 cawan susu cair#
  • 1/2 cawan susu pekat#
  • 1 cawan serbuk koko#
  • 1 cawan gula pasir#
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 suduteh baking powder
  • 1 suduteh bikarbonat of soda
  • 3 biji telur
Ganache
  • 500 gm coklat
  • 250ml whipping cream
Cara membuatnya
  1. Satukan yang bertanda # ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana hingga gula hancur ( tak perlu mendidih) sejukkan
  2. Pukul telur hingga kembang dan kemudian masukkan bahan yang dimasak. Kacau sebati
  3. Masukkan tepung yang diayak bersama2 soda dan baking powder.
  4. Tuang ke dalam acuan dan kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 1 jam
  5. Untuk membuat ganache - didihkan whipping cream dan masukkan coklat.
  6. Bila kek sejuk, tuangkan ganache ke atasnya.

Kari Daging

Assalamualaikum semua....
Walaupun hari ni cuti, tapi inilah baru dapat nak masukkan n3 hari ni... Banyak pulak aktiviti hari ni. Jadi tengah hari tadi masak yang simple2 je, untuk makan malam baru dapat masak kari ni. Bolehlah angah makan sekali esok sebelum solat Jumaat.
Kari Daging ( tak de sukatan ye... pandai2 agak je lah...)

Bahan2nya:
  • Daging
  • Ubi kentang
  • Rempah kari daging
  • Bawang merah ( untuk menumis dan ditumbuk)
  • Bawang putih ( untuk menumis dan ditumbuk )
  • Halia ( untuk menumis dan ditumbuk )
  • Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Santan
  • Minyak untuk menumis
Cara2nya
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah, daun kari, bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis
  2. Bila agak garing, masukkan bawang dan halia yang ditumbuk.
  3. Kemudian masukkan rempah kari
  4. Masukkan daging yang dipotong nipis. Biar hingga naik minyak.
  5. Masukkan santan dan ubi kentang. Masak hingga kentang empuk.
  6. Perasakan dengan garam.

Wednesday, January 19, 2011

Masih lagi Cheesecake

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni masih lagi tayang gambar cheesecake.
Kek coklat dan cheesecake kat atas ni ditempah oleh Kak Liza. Hari ni Kak Liza buat jamuan untuk kelasnya 5 MPED 1 dan AJK SPBT yang rajin membantunya... TQ Kak Liza..

Tuesday, January 18, 2011

Selamat Ulang Tahun ke-45

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni pun masih lagi blueberry cheesecake. Kek ni ditempah oleh Kak Suhaibah sempena hari jadinya hari ini...
Selamat Hari Jadi Kak Su, semoga panjang umur, murah rezeki, didoakan Kak Su dan keluarga sentiasa berbahagia dan sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah. Amin...

Monday, January 17, 2011

Jom Berkenalan

Assalamualaikum semua......cubaan kedua baru dapat..... Hari ni hari bertuah kak antan, ada orang tag kak antan untuk segmen jom berkenalan... sebelum ni mana ada kak antan pernah dapat cam ni.. Terima kasih ye Iris Kitchen sebab tag akak... jom jawab soalan2nya..

Apakah status anda?

Sudah tentulah akak ni isteri orang dan ibu kepada 4 orang putera dan seorang puteri....

Ceritakan tentang diri anda?

Kerjaya utama akak merupakan seorang pendidik dan lebih khusus seorang guru bahasa Melayu, tapi sorrylah ye...bahasa kat dalam blog kadang2 tak menggambarkan seorang guru bahasa.... kalau2 cikgu bahasa baca blog akak jangan marah ye.... Dulu akak ni suka menjahit, tiba2 terminat pulak dalam bidang masak-memasak ni, sekadar nak belajar dan mencuba2. Tahun ni umur akak dah masuk 40..hehehe..life begin at 40...ye ke???

Cerita Tentang Blog Anda...

Blog akak ni rasanya macam2 ada, akak sekadar ingin berkongsi suka dan duka, minat dan pengalaman untuk siapa2 yang sudi singgah dan tak jemu membaca tulisan dan paparan akak....

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Dunia blog sesuatu yang menarik... tambah2 lagi bila kita ada blog sendiri.... blog ni seolah2 harta intelek kita kan... milik kita... kalau kita kreatif, cantiklah blog kita..

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog..

Buat lah... teruskan niat anda... buat cantik2, boleh kita jadi kawan nanti...

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?

Keunikan? Tak ada apa2 yang unik pada blog akak... akak manusia yang biasa2 saja.. jadi blog pun biasa2 je lah... tak nampak pun kat mana uniknya....

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Hingga....hingga bila ye???? Selagi akak mampu dan terdaya membahagikan masa antara kerjaya dan aktiviti sampingan akak... (atau...selagi akak tak boring kot...)

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..

Hmmm... salam perkenalan ye pada list di bawah..

Bila Periukku Berbunyi

Masam Manis

Qaseh-Azzahra

Teratak NurKasih

Teratak Dhia


Sunday, January 16, 2011

Happy Birthday Kak Nor

Assalamualaikum semua.... Buat apa ye pagi2 hari minggu ni... kak antan hari ni akan ke Pilah, nak hantar along balik asrama. Hubby kak antan kat Langkawi lagi minggu ni, jadi terpaksalah kak antan yang hantar.
Blueberry cheesecake ni baru je kak antan siapkan. Kek ni ditempah oleh Kak Nor, setelah 2 kali tolong menempah untuk kawan2nya, kali ni Kak Nor tempah untuk diri sendiri. Birthday Kak Nor hari ni.... nak sambut dengan family katanya....
Terima kasih ye Kak Nor... Happy Birthday, semoga Kak Nor, Cikgu Kamal dan anak-anak sentiasa berbahagia dan sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah. Amin.

Saturday, January 15, 2011

Direnjis-renjis dipilis....

Assalamualaikum semua.....
Tengah hari tadi dapur kak antan tak berasap sebab ada jemputan kahwin. Penolong Kanan sekolah kak antan, kahwinkan anaknya... Majlis diadakan di Maeps, Serdang. 2 orang sekali anaknya yang berkahwin yang sulung dan yang ketiga....
Pelamin....
Pasangan pertama Dr. Khairiyah Sidek dan pasangannya Zoel-Fazlee Omar
Pasangan kedua Sakinah Sidek dan Mehdi Soltanzadeh.... perkahwinan antara 2 budaya.... pengantin lelakinya berasal dari Iran
Sakinah ni dulu belajar di sekolah kak antan, sejak di sekolah lagi sentiasa menjadi perhatian semua termasuk guru2 disebabkan sifat dan perwtakannya yang lemah lembut selembut wajahnya....
Pasangannya Mehdi Soltanzadeh, nanti bila majlis menyambut menantu di Iran, kalau cikgu2 nak ikut sekali boleh.... tapi tambang sendiri mau bayar haaaa.......
Balik dari kenduri tu kami terus singgah di Hospital Serdang, melawat kawan kak antan yang pernah kak antan tuliskan dulu.... Alhamdulillah dia dah semakin pulih....

Bengang....Bengang

Assalamualaikum semua....
Bengang.... macam lagu Akim pulak kan... dah 2 hari kak antan bengang ni... budak2 ni lagilah.. nak tengok tv tak boleh.... kalau boleh tengok pun channel 105 je, itupun terputus2. Rasa2nya kak antan tahulah sebabnya... jiran sebelah rumah kak antan renovate rumah... semalam kat antan tengok sebelah depan rumah dia dah menutup piring astro rumah kak antan.... haaa... rasanya itulah puncanya.. Pagi tadi dah cakap pada pekerja2 tu, minta tolong diorang alihkan piring tu....jawabnya nak tunggu bosnya datang... hai... tak taulah pulak bila tu..... Dah nasib... apa nak dikata....kita tunggu dan lihat je lah ye....

Friday, January 14, 2011

Apom Kastard

Assalamualaikum semua....
Untuk minum petang ni..kebetulan along ada kat rumah, N9 kan cuti hari ni,
kak buat kuih ni. Dah lama tak makan, dulu masa kat Kuantan selalu ada jual kat kantin sekolah kak antan, tapi kat sini tak pernah jumpa. Kak antan buat tak lah sesedap yang selalu kak antan makan tu, tapi anak2 kata sedap..oklah tu.... Resepi kat antan ambil dari blog Kak Wan - Blog Citarasawan...Jadi jom layan resepi.....

Apom Kastard
( Sumber : Blog Citarasawan )


Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri diayak
1/4 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil pewarna kuning
1 1/2 cawan susu segar
(tambah 1/2 cwn air jika adunan pekat, agak2 spt adunan pancake/dadar tpi jgn terlalu cair)
1 sudu besar marjerin, dicairkan

Inti Kastard
1/2 cawan gandum
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara :
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar, air, gula, yis, majerin cair dan pewarna gaul hingga sebati
2. Masukkan tepung, gaul rata dan kisar sekejap didalam pengisar, kemudian tapis. Perap adunan selama 1 - 2 jam (lebih lama lebih baik) sehingga adunan kelihatan berbuih.
3. Tuang 1 sendok adunan kemudian ratakan dan masak di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak. Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup. Adunan cepat masak jadi jangan biarkan terlalu lama nanti cepat hangus.
4. Apabila adunan masak, angkat dan letakkan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.
5. Untuk Inti : Satukan semua bahan inti, kemudian tapis. Masak di dalam periuk diatas api sederhana sehingga kental dan berkilat.
6. Apom akan menjadi semakin lembut apabila sejuk.
7. Inti boleh di ganti dengan jagung cream atau inti kaya.

Thursday, January 13, 2011

Ingatkan 4 rupanya dah 5

Assalamualaikum semua....
N3 kali ni tentang kek yang kak antan siapkan pagi tadi. Kek strawberry ni ditempah oleh Kak Setia, cikgu SMK Taman Jasmin 2. Kek ni ditempah melalui Kak Nor jiran kak antan. Kak Setia sms sendiri apa yang nak ditulis di atas kek ni, tapi bila kak antan bersms dgn Kak Setia ni di sebelah petangnya, dia tulis rupanya anakandanya dah 5 tahun bukan 4...tak pelah Kak Setia, apa2 pun anak akak pasti tetap menghargainya. T kasih ye...Juga terima kasih untuk K Nor.... Harap semuanya berpuas hati....

Labu Masak Tempoyak dan Ikan Kerapu

Assalamualaikum semua....
Sebenarnya ni menu makan malam semalam, tak sempat nak masukkan malam tadi. Malam tadi kak antan masak labu lagi. Banyak hubby kak antan beli labu dulu sebab labu kan tahan lama. Jadi malam tadi ni yang terakhir kak antan habiskan...

Tak tau lah orang lain suka ke tak masak macam ni, tapi kalau nak cuba apa salahnya...Jom tengok resepi..

Labu Masak Tempoyak
  • 1/2 biji labu
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit ikan bilis
  • 5 tangkai cili padi ( siapa yang suka pedas boleh lebihkan )
  • 1 sudu besar bumbung tempoyak
  • santan secukupnya.
Bawang dan lada dikisar dan panaskan dalam periuk, bila air agak kering masukkan ikan bilis.
Kemudian masukkan labu, kemudian masukkan tempoyak dan santan.
Masak sehingga labu lembut dan perasakan dengan sedikit garam.
Ini pulak ikan kerapu yang kak antan masak ala-ala 3 rasa, tapi macam kak antan cakap sebelumnya kak ni memasak selalunya tak ada perancangan, mana yang ada je lah...Jenguk kat belakang rumah ada belimbing buluh jadi petik, masukkan je lah.

Untuk sapa2 yang nak jenguk resepinya....

3 ekor ikan kerapu - gaul garam kunyit dan digoreng
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
5 batang cili padi dipotong 2
1 labu bawang besar dipotong dadu
6 biji belimbing buluh dipotong nipis
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukupnya

Tumiskan bawang merah dan putih dan cili padi
Bila garing masukkan sos cili, tomato dan sos tiram
Masukkan sedikit air
Masukkan belimbing dan bawang besar
Bila bawang dan layu masukkan daun limau purut
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah agak pekat masukkan ikan dan gaul2kan...

Tuesday, January 11, 2011

Masih lagi Talam Tokyo

Assalamualaikum semua...Inilah dia Talam Tokyo yang kak antan tuliskan semalam. Hubby kak antan, dia rasa sedap kat tekak dia lah tu, sebab tu lah, asal ada jamuan kat pejabat atau apa2 jamuan dia akan cadangkan buat talam ni...dia sms kat kak antan tadi...talam ni habis...licin...Nak resepi klik kat sini...

Monday, January 10, 2011

Sup Ikan Kikik Mak Iloi-Iloi

Assalamualaikum semua...
N3 hari ni sebelum tidur dan sambil tunggu Talam Tokyo masak, hubby kak antan minta buatkan Talam Tokyo untuk dibawa ke pejabatnya esok, ada majlis perpisahan untuk salah seorang staffnya yang bertukar bahagian. Sup ikan kat atas tu untuk makan malam tadi, bila hari2 bekerja ni, masak pun yang simple2 je, main campak2 je...memang tak de planning langsung, mana yang ada dalam peti sejuk je lah...Tak nak bebel panjang, dah ngantuk, Talam Tokyo pun dah masak...gambar talam esok ye....Jom layan resepi sup ikan kikik kak antan yang dicampak2 je..

Sup Ikan Kikik

  • 3 ekor ikan kikik
  • 1' halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis serba sedikit
  • sebatang lobak yang dihiris nipis
  • garam
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
  2. Bila dah kuning masukkan air secukupnya
  3. Masukkan karot.
  4. Bila karot separuh lembut, masukkan ikan dan kemudian garam. Tunggu sehingga masak.
p/s: Lebih sedap kalau ditambah suun...

Sunday, January 9, 2011

Roti John...jadi ke?

Assalamualaikum semua...buat apa ye petang2 ni.....
Untuk petang ni kak antan buat roti john untuk anak2 minum petang, eh2, betul ke jadi roti john tu...tak pe lah, asal anak2 dapat makan cukup....kak antan buat roti john ni cara simple je nak cepat, malas pun ye...Jom layan cara kak antan buat roti john...

Roti John

  • 5 buku roti hotdog
  • 3 biji telur
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 keping daging burger - dilenyek2 ( biasanya org pakai daging kisar )
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit minyak
  • sedikit garam
Cara membuatnya
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar. Bila bawang dah layu masukkan daging burger yang dilenyek. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau hingga daging masak.
  2. Bila daging dah agak sejuk, masukkan telur dan garam. Pukul sedikit.
  3. Panaskan kuali, tuang telur yang bercampur daging, dan letakkan roti yang dibelah 2(jangan putus)
  4. Bila dah masak, angkat dan tuangkan sos cili dan mayonis.
( kalau nak lebih cantik, bawang diblender dan boleh dicampurkan bawang putih, biasanya diletakkan serbuk kari, bukan serbuk lada hitam)

p/s: Tiba2 rasa sayu teringatkan along, tiba2 mata menjadi kabur...cuba ditahan agar tidak dikesan yang lain2, biasanya dialah yang merengek lapar bila balik dari padang bola...apalah yang dibuatnya di asrama sekarang ye....

Lunch : Nasi Goreng Tempoyak

Assalamualaikum semua....
Untuk lunch tengah hari ni, simple je...tengok gambar pun sempoi je, tak de hiasan apa2....kosong je..Sebenarnya malam tadi kak antan tak sedap badan, tiba2 rasa seram sejuk dan bila check suhu badan memang lebih 37' pun...badan terasa lenguh2. Hari ni rasanya dah tak demam, cuma badan je yang masih lenguh2. Kalau ikutkan hati dan badan memang tak nak masak apa2 hari sebab tak larat sangat, tapi hubby pulak kat Langkawi, jadi terpaksalah gagahkan diri memasak untuk anak2. Lagipun dari malam tadi kak antan tak makan nasi, tak de selera. Perut dah terasa sakit sebab dah masuk angin. Anak2 kak antan ni memang suka makan nasi goreng, malam tadi angah tumbuk cili padi buat sambal tempoyak jadi sebab sambal tu masih ada, terhasillah nasi goreng kat atas ni...kalau nak cuba.....

Nasi Goreng Tempoyak
  • Nasi yang dimasak dengan 3 cawan beras( sejukkan dulu ye)
  • 2 sudu besar sambal tempoyak ( tumbuk cili padi dan garam, gaul dengan tempoyak)
  • 3 biji telur
  • segenggam ikan bilis
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 4 batang serai dihiris nipis (betul2 nipis tau)
  • minyak dan garam secukupnya
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan serai, kemudian masukkan ikan bilis
  2. Kemudian masukkan sambal tempoyak
  3. Bila agak garing pecahkan telur
  4. Kemuadian masukkan garam
  5. Bila sudah rata, masukkan nasi dan digaul rata.
Suka tengok anak2 makan, Alhamdulillah...syukur kepada Allah sebab dikurniakan anak2 yang tak memilih bila masuk bab makan....

Saturday, January 8, 2011

Bengkel dan Tahniah Zati D'Hati

Assalamualaikum semua.....N3 hari ni pun masih bukan lagi tentang masak-memasak, tapi tentang aktiviti kak antan hari ni. Hari ni Panitia BM sekolah kak antan adakan bengkel teknik pemeriksaan untuk pemeriksaan PMR dan SPM khusus untuk semua guru BM. Selain itu, kami juga turut memurnikan Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Melayu Tingkatan 5 dan Tingkatan 2, sebab mulai tahun ni teks kajian untuk komsas dah bertukar.
Kak Tinie memberikan taklimat pemeriksaan SPM
khusyuk KP dan KB mendengar....

Kak antan hari terlibat jugak dalam taklimat dan pemurnian RPT BM Tingkatan 5 tu. Jadi dalam pada dok menukar-nukar tajuk komsas tu bila sampai tajuk akhir cerpen terbaca nama Amaruszati Noor Rahim....siapa lagi kan kalau bukan Kak Zati kita dari Zati D'Hati....cerpennya bertajuk Tanggar Amanat terpilih untuk dimasukkan dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku yang menjadi kajian pelajar Tingkatan 5 mulai tahun ni. Tahniah ye Kak Zati.....bilalah kak antan boleh jadi macam Kak Zati ni ye...pandai memasak, pandai buat kek dan pandai berkarya.....

Friday, January 7, 2011

PPD Turun Padang...

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah dah habis pun minggu pertama persekolahan. Biasalah semangat pelajar awal2 tahun ni memang berkobar-kobar, terutamanya yang Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 tu. Tapi kebiasaannya, semangat mereka ni akan semakin menurun seiring dengan peredaran waktu. Puaslah nanti cikgu-cikgu nak menaikkan semula semangat mereka ni.
Hari ni kami dikejutkan apabila diberitahu pegawai dari PPD nak datang memantau pada 2 waktu akhir persekolahan. Jadi cikgu-cikgu yang ada kelas pada 2 waktu terakhir dah tak senang duduk, termasuklah kak antan sendiri. Biasalah memang PPD akan datang memantau awal2 sesi ni untuk melihat kelicinan perjalanan sekolah. Tahun lepas kak antan dah kena pantau awal2 tahun ni...jadi berdoalah jugak semoga tahun ni tak kena dah...bukannya apa, bila dipantau tu rasa kekok lah jugak, walaupun dah masuk 16 tahun mengajar.
Alhamdulillah kak antan selamat untuk hari ni...tapi kesian Kak Milah, masuk hari ni dah 3 tahun berturut-turut kelasnya dipantau oleh PPD. Apa nak dikata Kak Milah, memang itu dah kerja diorang...sabar je lah ye....

Thursday, January 6, 2011

Blueberry Cheese Tart Part 2 - edisi bertukar pasangan

Assalamualaikum semua...
Seperti yang dijanjikan semalam, n3 hari ni tentang blueberry cheese tart yang kak antan siapkan hari ni...abaikanlah corak2 yang senget2 tu, memang kak antan ni tak pandai sangat dalam bab lukis-melukis ni.....
Nak tahu sebab apa kak antan kata edisi bertukar pasangan? Sebab resepi BCT ni kak antan ambik daripada myResipi, untuk pastrinya daripada Eryne Jasmine..nak resepi klik kat sini...dan untuk fillingnya daripada haz_amon, resepinya kat sini.....Terima kasih ye untuk kedua2nya, maafkan akak ye sebab pandai2 menukarkan pasangan korang...jangan mare....
Jadi keseluruhan resepi yang kak antan buat.....

Resepi Blueberry Cheese Tart

· PASTRY (resepi chef anuar)

· 160g butter

· 80g gula castor

· 1 st vanilla esen

· sedikit garam( akak tak letak pun )

· 1 biji telur

· 250gm tepung gandum

· Bahan untuk Cheese Filling(inti):-

· 250 gm cream cheese

· 50 gm gula aising

· 20 gm mentega (lembutkan)

· 1/2 sudu besar perahan lemon

· 1 biji telur (gred B)

· Blueberry pie filling

Cara-cara membuat Pastri


1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.

4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.

5. Tekan doh pada acuan tart.

6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.

Cara-cara membuat filling

Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

2. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...